Demi Masa
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, Selawat dan Salam ke atas Rasulillah, serta ahli keluarga dan mereka yang menuruti mereka hingga ke hari akhirat
Sudah lama rasanya saya tidak menulis di laman ini. Subhanallah, kesempitan dan kekangan waktu yang Allah letakkan di hadapan saya, membuatkan saya agak sukar untuk meluangkan masa untuk menyambung tinta yang dikasihi ini.
Benar sabdaan Nabi mulia, kelak akan tiba kepada kita satu zaman di mana satu tahun akan menjadi seperti satu bulan, satu bulan akan menjadi seperti satu minggu, dan satu minggu akan menjadi seperti satu hari. Apa yang dijelaskan oleh para guru saya, itu menandakan bahawa keberkatan masa di akhir zaman akan semakin berkurang, hari demi hari.
Subhanallah, sedar ataupun tidak, kini saya sendiri dalam proses menunggu keputusan peperiksaan peringkat asasi yang bakal menentukan perjalanan saya ke peringkat ijazah. Rasa seperti baru saja melepaskan penat perjuangan peperiksaan SPM, tidak lama lagi akan melangkah masuk ke alam dewasa
Kata-kata hikmah orang Arab,"Waktu itu seperti pedang, andainya kamu tidak menggapainya, maka ia pasti akan mencantas kamu". Kembalilah semula ke suasana cuti yang agak lama. Alhamdulillah, jadual tidak sepadat dahulu, banyak waktu lapang yang saya ada sekarang. Harapnya dapat istiqamah dalam memenuhi ruangan ini, In shaa Allah.
Akhukum fillah,
Al-Faqir Abi Ridha Al-Jauhari,
17/04/17, 2250

Comments
Post a Comment