Posts

Tazkirah Pendek: Keaiban

Bismillah, Alhamdulillah, Selawat dan Salam ke atas Rasulillah, serta ahli keluarga baginda, para sahabat, serta mereka yang menuruti mereka di atas jalan kebenaran. Amma ba'du Assalamualaikum dan salam mahabbah kepada para pembaca blog saya, mudah-mudahan Allah merahmati kita semua, insya Allah Aib. Perkataan yang kita selalu sangat dengar, dan bila kita nilai semula perkataan itu, kita akan faham bahawa ia merujuk kepada sesuatu perkara yang mana terdapat pada semua orang. Tidak ada satu manusia pun yang terkecuali dari memiliki keaiban ini melainkan orang-orang yang dipilih oleh Allah, sebagai contoh para nabi dan rasul Apa itu aib? Aib adalah sesuatu kekurangan yang wujud pada diri seseorang itu, sama ada kekurangan pada fizikalnya, mentalnya atau spiritualnya dan kekurangan itu akan membuatkan seseorang itu malu seandainya diketahui oleh orang lain. Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak Lebih kurang begitu la peribahasa yang kita selalu d...

"Macam mana laa penuntut ilmu sains dll boleh jadi penuntut ilmu agama?"

Bismillah, Alhamdulillah, Selawat dan Salam ke atas Rasulillah serta ahli keluarga baginda, para sahabat serta mereka yang menuruti mereka di atas jalan kebenaran. Alhamdulillah, pada hujung minggu lepas, saya berpeluang menghadiri Daurah kitab Matan Abi Syuja' yang dibahaskan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faiz Fateh Al-Azhari di Surau Al-Kauthar, Bandar Baru Bangi. Sebelum ni pernah juga bertalaqqi dengan Ustaz Faiz sewaktu di PASUM dahulu, tapi dek kerana waktu yang singkat, tidak dapat mengkhatamkan kitab tersebut Ahad petang, terus bergerak ke Majlis Asmaul Husna bersama Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, kebetulan pula diminta untuk hadir pada majlis tersebut, jadi naiklah Grab menuju ke MRT Kajang. Pemandu kereta waktu tu pula merupakan salah seorang student di UKM, baru saja tamat tahun ketiga dalam bidang Nuclear Physics. Berbual dengan abang tu, dan dia kata "Ohh, dekat Bangi ni memang macam tu, bersepah-sepah majlis ilmu, daurah, talaqqi dan banyak lagi la...

Fakulti Pergigian, aku sahut cabaranmu

Bismillah, Alhamdulillah, Selawat dan salam ke atas Rasulillah, serta ke atas ahli keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang menuruti mereka hingga ke hari kiamat. Amma ba'du Pertama sekali, nak panjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada yang Maha Esa, dapat tawaran untuk menyambung pengajian ke peringkat tinggi dalam bidang Pergigian di Universiti Malaya. In shaa Allah, bakal mendaftar pada 3 September ini Setelah 10 bulan di PASUM (Pusat Asasi Sains Universiti Malaya), akhirnya dapat juga kursus yang diimpikan Kenapa tak am bil medic? Soalan yang selalu juga saya terima. Baik dari guru sekolah lama, junior, orang kampung dan keluarga kembangan. Panjang jawapannya, tapi kalau nak diringkaskan, saya dah tawar hati dengan medic. Haha Jawapan panjangnya, pertama sekali, miscommunication pihak UM dan UPU. Pelajar PASUM ada pointer sendiri yang hanya digunakan oleh pihak UM saja, tetapi kami akan terima satu lagi pointer yang mana setanding dengan Universiti Awam lain. Da...

Kembali aku meninta

Bismillah, Alhamdulillah, Selawat dan Salam ke atas Rasulillah, serta ahli keluarga baginda dan para sahabat serta mereka yang menuruti mereka sehingga ke hari kiamat. Amma ba'du Mashaa Allah, rasa teramat lama tak menulis di blog ini. Kembali berhabuk dan bersarang. Kadangkala ada masa, tetapi takde rasa nak menulis, dan kadangkala takde masa, tapi ada rasa nak menulis Susah juga nak janjikan satu pos setiap minggu. Tapi in shaa Allah, saya cuba. Walaupun tidaklah ramai mana yang suka membaca blog usang ini, tetapi barangkali ia menjadi bekal bagi diri yang faqir ini di akhirat kelak Banyak sangat nak dikongsikan dengan sahabat pembaca semua. Harap diberi peluang oleh Allah untuk meninta kembali di ruangan maya ini In shaa Allah, bagi yang berhajat untuk menghubungi saya, boleh saja hubungi saya seperti maklumat berikut : Email : abiridha98@gmail.com No. Telefon : 012 336 1992 ( Whatsapp ) Nantikan pos seterusnya, in shaa Allah Wallahu a'lam ^_^

Syaitanlah Menjadi Gurunya

Bismillahirrahmanirrahim Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memiliki segala apa yang di langit dan di bumi, serta selawat dan salam ke atas Sayyidina Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda, para sahabat serta mereka yang menuruti mereka hingga ke hari akhirat. Amma ba'du Dalam posting pada kali ini, Al-Faqir akan mengupas serba sedikit mengenai suatu isu yang telah ditanyakan kepada saya. Salah seorang sahabat pernah bertanya, "Boleh ke kita baca kitab agama secara sendirian tanpa ada bimbingan dari guru?" Semoga Allah merahmati sahabat saya yang bertanya. Analogi Mudah Agak panjang sedikit penjelasan mengenai perkara ini. Kita ambil satu analogi mudah. Kita ingin melombong emas. Hanya berbekalkan cangkul yang kecil, dulang dan ilmu yang sempit, bahasa mudahnya kita masih lagi amatur dalam bab melombong emas. Tetapi bandingkan pula dengan kita ini pergi melombong bersama dengan seorang yang memiliki kemahiran serta pengalaman yang luas, memiliki rama...

Dunia

Apa sebenarnya milik kita? Rumah yang kita diami, Kenderaan yang kita guna, Pakaian yang kita kenakan, Adakah itu milik kita? Berapa ramai yang mengejar dunia, Sang hartawan mengejar kekayaan melalui perniagaannya, Tidak memandang apa yang halal dan apa yang haram, Bahkan sanggup menggadaikan agamanya, Sebagai bahan jualan untuk kekayaannya, Tetapi tidak satu pun yang bakal dia bawa ke alam sana Berapa ramai yang mencintai dunia, Sang remaja yang mentah serta mengejar rupa dan cinta, Dihabiskan kudratnya untuk mencantikkan tubuhnya, Sibuk mencantikkan wajahnya di hadapan manusia, Tetapi amat hodoh di hadapan Tuhannya, Habis terbazir umurmu wahai remaja, Akhirnya dikau kembali dalam keadaan menyesal yang tak terhingga Berapa ramai yang tertipu dengan dunia, Mengejar pangkat dan takhta, Adakah itu semua kekal selamanya? Atau tamat pada suatu masanya juga? Ramai yang ku lihat, Bongkak dengan dunianya, Menindas orang bawahannya, Merasa dunia inilah segalanya, ...

Demi Masa

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah, Selawat dan Salam ke atas Rasulillah, serta ahli keluarga dan mereka yang menuruti mereka hingga ke hari akhirat Sudah lama rasanya saya tidak menulis di laman ini. Subhanallah, kesempitan dan kekangan waktu yang Allah letakkan di hadapan saya, membuatkan saya agak sukar untuk meluangkan masa untuk menyambung tinta yang dikasihi ini. Benar sabdaan Nabi mulia, kelak akan tiba kepada kita satu zaman di mana satu tahun akan menjadi seperti satu bulan, satu bulan akan menjadi seperti satu minggu, dan satu minggu akan menjadi seperti satu hari. Apa yang dijelaskan oleh para guru saya, itu menandakan bahawa keberkatan masa di akhir zaman akan semakin berkurang, hari demi hari. Subhanallah, sedar ataupun tidak, kini saya sendiri dalam proses menunggu keputusan peperiksaan peringkat asasi yang bakal menentukan perjalanan saya ke peringkat ijazah. Rasa seperti baru saja melepaskan penat perjuangan peperiksaan SPM, tidak lama lagi akan melangkah masuk ...