Fakulti Pergigian, aku sahut cabaranmu

Bismillah, Alhamdulillah, Selawat dan salam ke atas Rasulillah, serta ke atas ahli keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang menuruti mereka hingga ke hari kiamat. Amma ba'du

Pertama sekali, nak panjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada yang Maha Esa, dapat tawaran untuk menyambung pengajian ke peringkat tinggi dalam bidang Pergigian di Universiti Malaya. In shaa Allah, bakal mendaftar pada 3 September ini

Setelah 10 bulan di PASUM (Pusat Asasi Sains Universiti Malaya), akhirnya dapat juga kursus yang diimpikan

Kenapa tak ambil medic?

Soalan yang selalu juga saya terima. Baik dari guru sekolah lama, junior, orang kampung dan keluarga kembangan. Panjang jawapannya, tapi kalau nak diringkaskan, saya dah tawar hati dengan medic. Haha

Jawapan panjangnya, pertama sekali, miscommunication pihak UM dan UPU. Pelajar PASUM ada pointer sendiri yang hanya digunakan oleh pihak UM saja, tetapi kami akan terima satu lagi pointer yang mana setanding dengan Universiti Awam lain. Dan kebiasaannya pointer ni lebih tinggi dari pointer asal. Pada mulanya, UM kata nak masuk medic, wajib 4.00 dua dua semester mengikut pointer UM. Tetapi bila tarikh pendaftaran BMAT (Ujian Kemasukan ke Medic UM) telah tutup, tiba tiba saja pihak UM kata, pointer yang digunakan adalah pointer Universiti Awam. Jadi itulah sebab pertama

Sebab kedua, UM amat mengutamakan kualiti, dan fakulti medic UM merupakan fakulti perubatan yang terbaik di seluruh Malaysia. Jadi kalau kita tak ikut standard mereka, habislah kita ni bakal dilelong ke universiti lain

Sebab ketiga, keluarga saya setakat ni ada dua doktor, jadi tak mahu ramai sangat doktor perubatan dalam keluarga. Nak adakan variasi supaya senang urusan orang lain. Tak tertumpu kepada doktor perubatan saja

Sebab keempat, dan sebab terakhir, medic merupakan kursus yang amat tinggi tekanannya. Jadi saya risau kalau tekanan belajar terlalu tinggi membuatkan diri ini tak fokus pada majlis ilmu dan lain lain

Jadi, in shaa Allah, saya akan cuba update perjalanan saya sepanjang tempoh menjadi seorang siswa yang menuntut di Universiti Malaya ini. Saya tak jumpa pula blog Dentistry UM yang latest, jadi saya akan post di sini, Mudah-mudahan generasi seterusnya boleh mengambil manfaat, in shaa Allah

Harap pembaca boleh doakan saya serba sedikit, Mudah-mudahan urusan saya dipermudahkan oleh Allah s.w.t

Wallahua’lam

Comments

  1. Assalamualaikum, saya nak tanya berapa orang pelajar intake degree dentistry um from pasum?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lau La Murabbi, Ma 'Araftu Rabbi

Tazkirah Pendek: Keaiban

Bismillah, Dengan Nama Allah.