Posts

Showing posts from February, 2016

Sebuah Kematian...

Image
Tandanya semakin jelas, Apabila rambut semakin memutih, Apabila tulang semakin rapuh, Apabila sendi semakin longgar, Apabila wajah semakin berkedut, Tidakkah engkau sedari? Tandanya semakin jelas, Apabila hidungmu telah jatuh, Apabila tapak kakimu telah lurus, Apabila wajahmu telah pucat, Apabila matamu telah hilang sinarnya, Apabila wajahmu telah hilang minyaknya, Tidakkah engkau rasai? Dingin membeku, Dari hujung jari kaki berpindah ke pinggang, Dari pinggang berpindah ke dada, Dari dada berpindah ke kerongkong, Perlahan-lahan rohmu dicabut, Pedih sekali bagaikan ditikam-tikam, Tetapi engkau tidak mampu menyatakan apa-apa. Anak binimu di kelilingmu, Mengalir air mata mereka menangisi kesakitanmu, Diajarkan kepadamu menyebut kalimah yang satu, Agar dikau tidak hina di hadapan tuhanmu, Tapi apakan daya, Matamu hanya melihat sang pencabut nyawa di hadapanmu. La ilaha illa Allah! Akhirnya berpisah rohmu dari jasadmu, Berte...

Mendaki Pergunungan Ilmu Ilahi...

Image
Bismillah, Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui serta Yang Maha Mengurniakan ilmu kepada hambaNya, selawat dan salam ke atas junjungan besar, Sayyidina wa Maulana Muhammad ibni Abdillah, pembimbing manusia ke arah redha Allah S.W.T. Serta ke atas keluarga baginda dan juga para sahabat serta para pengikut sahabat. Amma ba'du. Assalamualaikum Warhamatullah. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana diizinkan sekali lagi untuk berkongsi kepada para pembaca serba sedikit mengenai perjalanan ilmu yang pernah saya hadapi. Walaupun bergelar seorang pelajar aliran sains, itu tidak menjadi suatu alasan bagi saya untuk tidak menuntut apa yang difardhukan dalam syariat Islam. Bahkan, seorang pelajar aliran sains, mereka lebih melihat atsar (kesan) kekuasaan Allah S.W.T. Sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran.  "Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, serta pertukaran siang dan malam, padanya terdapat tanda (keagungan Allah) bagi orang yang ...

Ilmu Dunia, Ilmu Akhirat...

Bismillah, Dengan Nama Allah, Tuhan yang mengajar insan apa yang tidak ia ketahui, serta selawat dan salam ke atas pendidik umat, penerang zulmat, Sayyidina Muhammad ibni Abdillah, serta ke atas keluarga baginda dan para sahabat serta mereka yang mengikuti mereka hingga ke hari kiamat. Amma Ba'du. Assalamualaikum Warahmatullah, Ilmu. Perkataan yang sibuk sekali dibicarakan dari satu lisan ke lisan yang lain, tambahan pula, dunia yang semakin berkembang serta bertambah maju selari dengan arus pemodenan, ilmu ini ditekankan kepentingannya untuk memajukan seseorang. Bahkan ilmu pada zaman kini, amat dihargai dan dimanfaatkan. Lihat saja, berapa banyak institusi keilmuan yang wujud di negara kita. Dari Institusi Pengajian Tinggi, hinggalah ke institut kefahaman dan keilmuan serta maklumat. Bahkan, kehebatan salah satu Universiti Tempatan telah meletakkan "ranking"nya dalam senarai Universiti terulung di dunia. Budaya ilmu itu telah dipupuk dari seorang insan itu ...

Lau La Murabbi, Ma 'Araftu Rabbi

Image
Bismillah, Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, selawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya dan para sahabat, serta ke atas semua yang menjalani jalan yang lurus ini. Amma ba'du. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Pada post kali ini, saya ingin mengungkap satu kata-kata bahasa Arab. Lau la murabbi, ma 'araftu Rabbi. Maksudnya, "Kalau bukan kerana guruku, tidak akan aku mengenali Tuhanku" Insan pendidik, banyak perkataan yang menggambarkannya; cikgu, guru, sensei, master, teacher, grandmaster, tokku, mu'allim, ustaz, Habib dan lain-lain. Yang penting, mereka inilah yang terlampau banyak jasa mereka pada kita, bahkan, pada pendapat saya, golongan yang paling utama selepas kedua orang tua kita adalah para guru kita. Kita semua ada guru yang mengajar kita membaca, mengira, menulis dan sebagainya. Ilmu asas, tadika lah tempatnya. Saya teringat lagi zaman tadika, bermula di situlah saya belajar lebih lanjut tenteang ...

Allah, Tuhanku dan Tuhanmu

Image
Bismillah, Dengan NamaMu Ya Allah, Tuhan Yang Memiliki segala apa yang berada di langit dan di bumi, Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Sayyidina wa Maulana Muhammad, Sayyidil Wujud, serta ke atas keluarga baginda dan para sahabat serta mereka yang menuruti mereka hingga ke hari kiamat. Amma ba'du. Pada kali ini, saya tergerak hati untuk berkongsi pemikiran saya yang serba kekurangan ini. Lebih kurang 10.30 pagi tadi, saya ambil masa untuk buka laman Facebook, yang telah menjadi rutin harian saya sejak beberapa bulan dapat kemudahannya. Jadi saya 'scroll' laman itu, dan terlintas di hadapan mata mengenai isu yang hangat diperkatakan hingga kini. Isunya saya enggan nak sebut kerana boleh jadi ia mengundang suatu fitnah. Saya yang kekurangan ilmu ini, terfikir sejenak. Apa yang menyebabkan 'mereka' semua itu saling bertelingkah, bergaduh, bermujadalah bahkan saling mengkafirkan antara satu sama lain? Bukankah mereka itu masih lagi Islam? Bukankah m...