Sedangkan Binatang Pun Boleh Risau

Renungan sekejap...

Rasulullah sabda:
"Andainya binatang ternakan tahu ttg kematian seperti yg kita tahu, sudah tentu kamu tidak dapat memakan lemaknya"

Apa yang Rasulullah cuba sampaikan adalah, kematian ni, bukanlah satu benda yang boleh kita jadikan lawak tawa. Tetapi, kematian itu merisaukan hati semua yang hidup.

Bayangkan saja, andainya binatang ternak, seperti lembu, dia renung dan muhasabah mengenai kematian dia, sudah tentu dia tidak mahu makan banyak, kerana risau akan disoal oleh Allah. Sampai pada satu tahap, akan kurus semua lembu atas muka bumi, sehingga kita tak dapat menikmati daging lembu yang berkualiti. Rasanya pun bagai kan hampas sahaja.

Inilah rahmat Allah, di mana hanya manusia saja yang diberi kelebihan utk muhasabah dan berfikir tentang kematian dan alam barzakh.

Namun, zaman kini, teramat ramai manusia bagaikan binatang. Kenapa? Tak fikir pun ttg kematian, tak muhasabah diri, makin banyak makan utk nikmat, bukan makan utk tenaga. Makin banyak menyalah gunakan nikmat Allah, semakin hari semakin lupa pada akhirat. Bila datang kematian pada dirinya, tak ubah samanya seperti lembu yang disembelih atau dilanggar kereta; maksudnya, tiada persediaan ataupun ilmu mengenai kematian dirinya.

Amat benar apa yang Allah firman dalam surah Al-A'raf, "Dan sesungguhnya Kami akan memenuhkan neraka itu dengan jin dan insan, (iaitu) mereka yang ada hati tapi tak nak menilai, ada mata tak nak melihat dengannya, ada telinga tak nak mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat dari itu. Mereka itulah golongan yang amat lalai"

Short note kitab Rahsia kematian, alam akhirat dan kiamat, karangan Imam Al-Qurtubi

Comments

Popular posts from this blog

Lau La Murabbi, Ma 'Araftu Rabbi

Tazkirah Pendek: Keaiban

Bismillah, Dengan Nama Allah.