Bismillah, Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W, kekasih hatiku, permata jiwaku dan penyelamatku di hari akhirat kelak dengan izin TuhanNya, serta ke atas seluruh ahli keluarga Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat, para tabi'in serta mereka yang mengikuti jalan ini sehingga ke hari kiamat.

Amma Ba'du.

Puji-pujian hanya layak bagi Allah S.W.T yang telah memberi kita semua nikmat yang tak terhingga, seandainya kita cuba menghitung nikmat Allah itu, sudah pasti kita tidak mampu menghitungnya, sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Al-Quran pada surah Ibrahim, pada ayat ke 34.

Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sahaja, bahkan, seandainya kita nilai waktu yang telah kita lalui, bagaikan sebentar sahaja. Tambahan pula, kita berada pada fasa akhir zaman kita, dan semakin banyak ujian yang diturunkan oleh Yang Maha Esa kepada kita, sudah terang lagi bersuluh bahawa pengakhiran itu amat hampir.

Maka mengambil saranan para guruku, yang diambil dari sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w, "Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat". Maka saya mengambil langkah untuk menulis pandangan, pendapat dan pengalamanku di laman ini. Walaupun aku ini hanyalah seorang hamba yang lemah, tetapi aku cuba sedaya upaya menyampaikan apa yang aku terima.

Bukanlah diriku ini ingin mengejar kemewahan, menjadi terkenal dan sebagainya, bahkan aku memohon perlindungan dariNya daripada melakukan perkara itu. Tintaku ini hanyalah bagi mereka yang ingin membaca, dan, aku mengharapkan agar ramai yang dapat mengambil manfaatnya, jika tidak, semoga tulisan ini menjadi suatu usaha yang akan ditimbang oleh Tuhan Yang Maha Menghisab, dan ia menjadi asbab bagiku untuk masuk ke dalam tamanNya yang indah kelak.

Kepada para asatizah, ulama', habaib dan tholabul 'ilm yang ada kesempatan membaca karangan-karangan ini, mohon jasa baik agar ditegur Al-Faqir seandainya ada kesilapan atau teguran yang memberi input yang baik bagi kita semua.

In Shaa Allah, semoga kita semua sentiasa dirahmati oleh Allah, disayangiNya, dan diampunkan dosa kita olehNya.

Sebarang makluman, pertanyaan atau teguran, boleh hubungi Al-Faqir pada saluran berikut.

WhatsApp/SMS : 012-336 1992
e-Mail : abiridha98@gmail.com
Fb: Hamdan Syakirin Md Saufi
Twitter: @NewIbnuShakoor
Instagram: ibnushakoor

Wallahu A'lam

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lau La Murabbi, Ma 'Araftu Rabbi

Tazkirah Pendek: Keaiban