Posts

Showing posts from April, 2017

Syaitanlah Menjadi Gurunya

Bismillahirrahmanirrahim Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memiliki segala apa yang di langit dan di bumi, serta selawat dan salam ke atas Sayyidina Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda, para sahabat serta mereka yang menuruti mereka hingga ke hari akhirat. Amma ba'du Dalam posting pada kali ini, Al-Faqir akan mengupas serba sedikit mengenai suatu isu yang telah ditanyakan kepada saya. Salah seorang sahabat pernah bertanya, "Boleh ke kita baca kitab agama secara sendirian tanpa ada bimbingan dari guru?" Semoga Allah merahmati sahabat saya yang bertanya. Analogi Mudah Agak panjang sedikit penjelasan mengenai perkara ini. Kita ambil satu analogi mudah. Kita ingin melombong emas. Hanya berbekalkan cangkul yang kecil, dulang dan ilmu yang sempit, bahasa mudahnya kita masih lagi amatur dalam bab melombong emas. Tetapi bandingkan pula dengan kita ini pergi melombong bersama dengan seorang yang memiliki kemahiran serta pengalaman yang luas, memiliki rama...

Dunia

Apa sebenarnya milik kita? Rumah yang kita diami, Kenderaan yang kita guna, Pakaian yang kita kenakan, Adakah itu milik kita? Berapa ramai yang mengejar dunia, Sang hartawan mengejar kekayaan melalui perniagaannya, Tidak memandang apa yang halal dan apa yang haram, Bahkan sanggup menggadaikan agamanya, Sebagai bahan jualan untuk kekayaannya, Tetapi tidak satu pun yang bakal dia bawa ke alam sana Berapa ramai yang mencintai dunia, Sang remaja yang mentah serta mengejar rupa dan cinta, Dihabiskan kudratnya untuk mencantikkan tubuhnya, Sibuk mencantikkan wajahnya di hadapan manusia, Tetapi amat hodoh di hadapan Tuhannya, Habis terbazir umurmu wahai remaja, Akhirnya dikau kembali dalam keadaan menyesal yang tak terhingga Berapa ramai yang tertipu dengan dunia, Mengejar pangkat dan takhta, Adakah itu semua kekal selamanya? Atau tamat pada suatu masanya juga? Ramai yang ku lihat, Bongkak dengan dunianya, Menindas orang bawahannya, Merasa dunia inilah segalanya, ...

Demi Masa

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah, Selawat dan Salam ke atas Rasulillah, serta ahli keluarga dan mereka yang menuruti mereka hingga ke hari akhirat Sudah lama rasanya saya tidak menulis di laman ini. Subhanallah, kesempitan dan kekangan waktu yang Allah letakkan di hadapan saya, membuatkan saya agak sukar untuk meluangkan masa untuk menyambung tinta yang dikasihi ini. Benar sabdaan Nabi mulia, kelak akan tiba kepada kita satu zaman di mana satu tahun akan menjadi seperti satu bulan, satu bulan akan menjadi seperti satu minggu, dan satu minggu akan menjadi seperti satu hari. Apa yang dijelaskan oleh para guru saya, itu menandakan bahawa keberkatan masa di akhir zaman akan semakin berkurang, hari demi hari. Subhanallah, sedar ataupun tidak, kini saya sendiri dalam proses menunggu keputusan peperiksaan peringkat asasi yang bakal menentukan perjalanan saya ke peringkat ijazah. Rasa seperti baru saja melepaskan penat perjuangan peperiksaan SPM, tidak lama lagi akan melangkah masuk ...